Bernama
Januari 1, 2024
10:56 MYT
Loh berkata berdasarkan laporan diterima terdapat beberapa perkara terperinci perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyambung semula operasi tersebut. – Gambar Bernama
IPOH: Keputusan menyambung semula laluan bagi penerbangan Ipoh ke Langkawi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini yang digantung buat sementara waktu, terletak sepenuhnya kepada syarikat penerbangan AirAsia.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Loh Sze Yee berkata berdasarkan laporan diterima terdapat beberapa perkara terperinci perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyambung semula operasi tersebut.
“Ada banyak faktor antaranya permintaan, harga tiket, stok kapal terbang yang ada, faktor masa dan laluan serta sebagainya….
#AirAsia