KUALA LUMPUR 23 Jan – Sabre Corporation dan Malaysia Airlines memeterai penjanjian baharu untuk mengedarkan kandungan keupayaan pengedaran baharu (NDC) menerusi pasaran pelancongan Sabre.
Sabre, yang merupakan penyedia perisian dan teknologi bagi industri pelancongan, dalam kenyataan media hari ini berkata perjanjian tersebut membolehkan syarikat penerbangan tersebut mengembangkan peruncitan berasaskan tawaran dan tempahan kepada penjual perjalanan.
Ketua Pegawai Komersial Syarikat Penerbangan dari Malaysia Aviation Group (MAG), Dersenish Aresandiran berkata kerjasama dengan Sabre membolehkan Malaysia memberi tawaran yang dipertingkat dan kandungan dengan berkesan kepada penjual pelancongan supaya mereka boleh membuat keputusan terbaik untuk pengembara.
“Kami telah berjaya menggunakan rangkaian luas rumusan teknologi daripada Sabre dan teruja untuk menambah kandungan NDC kami ke pasaran luas Sabre.
“Adalah penting bagi kami agar boleh menyediakan penjual pelancongan…